Khamis, 13 Oktober 2011


At-taharah atau bersuci ertinya membersihkan diri, pakaian dan tempat dari segala hadas dan najis. Untuk bersuci dari hadas haruslah melakukan wuduk, mandi wajib atau tayammum. Untuk bersuci dari najis haruslah menghilangkan kotoran yang ada di badan, pakaian dan tempat yang bersangkutan.
Perintah bersuci ini tersurat pada ayat 222 dari surat Al-Baqarah yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."

Jenis-Jenis Air

Air boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu: 1. Air Mutlak 2. Air Musta'mal 3. Air Muqaiyad 4. Air Mutanajjis 
5. Air Musyammas

Air Mutlak 
Suci lagi menyucikan, boleh diminum dan boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain. Air mutlak ialah air bersih yang keluar dari bumi dan belum terpakai, contohnya: air laut, air paip, air sungai, air perigi, air hujan dan sebagainya.
Air Musta'mal 
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Air yang asalnya air mutlak digunakan untuk berwuduk, kemudian air itu dikumpul semula dan tidak mencukupi sukatan dua qullah (216 liter), maka air ini dikatakan air musta'mal. Air musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, namun boleh digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk yang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak najis.
Air Muqaiyad 
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Air muqaiyad terdapat di dalamnya campuran atau pewarna. Contoh: air sirap, air kopi, air gula, air garam.
Air Mutanajjis 
Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Mutanajjis ialah air yang kurang daripada dua qullah dan terkena najis atau jatuh najis ke dalamnya.
Air Musyammas 
Suci dan menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

Jenis-Jenis Najis

Terdapat tiga jenis najis iaitu: 1. Najis mughallazah (najis berat) 2. Najis mukhaffafah (najis ringan) 
3. Najis mutawassitah (najis sederhana)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 I s l a m . i s . T h e . W a y . o f . L i f e. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.