Isnin, 14 November 2011

Erti bersuci  pada bahasa;
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain. 

Bersuci menurut  syara';
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.







AIR MUTLAK

Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
  • air hujan
  • air laut
  • air sungai
  • air telaga atau perigi
  • air mata air
  • air yang dicairkan dari salji
  • air embun
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Ukuran Dua Kolah
  • Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
  • Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
  • Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
  • Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

AIR MUSTA'MAL
Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.
Air yang berubah dan bercampur
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".
Berikut adalah cara air yang berubah:
  • Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
  • Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
  • pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
  • pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
  • pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
  • Mujawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
  • Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air musta'amal.
AIR MUQAYYAD
Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.
Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
  • Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
  • Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.
AIR MUSYAMMAS
Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

AIR MUTANAJJIS
Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajjis
  1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
  2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
  3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.
Contoh bangkai binatang yang najis tetapi dimaafkan
  1. Lalat
  2. Kumbang
  3. Kala
  4. Lipas
  5. Cicak
  6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.
Air Qaid Lazim
Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.
  • Contohnya: 
  • Air Kelapa 
  • Air Tebu 
  • Air Mawar 
  • Air Kopi
Hukum Air Qaid Lazim
Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk bersuci


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 I s l a m . i s . T h e . W a y . o f . L i f e. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.