Ahad, 13 November 2011

TANGGUNGJAWAB BERSUCI.
Matlamat 
  1. Menyatakan hukun dan dalil bersuci 
  2. Menyatakan sebab-sebab diwajibkan bersuci 
  3. Menyebut alat-alat yang digunakan untuk bersuci. 
  4. Menyatakan faedah-faedah bersuci. 
  5. Menyatakan akibat tidak bersuci.
Pengenalan
  1. Pelajaran ini menekankan hukum bersuci, dalil, sebab-sebab diwajibkan bersuci dan alat-alat digunakan untuk bersuci. 
  2. Menyentuh tentang faedah  dan akibat tidak bersuci. 
  3. Menjaga kebersihan dan kesucian diri sepanjang masa sebagai memenuhi tuntutan orang beriman.
Masa
8 waktu x 30 minit 


Penghayatan / Nilai
  • Sentiasa dalam keadaan bersih. 
  • Berusaha menjadi hamba yang soleh. 
  • Sentiasa memelihara tanggungjawab bersuci. 
  • Bersuci merupakan lambang orang beriman.
Bahan bantu mengajar
  • Carta pantun 
  • Kad-kad ayat
  •  Lembaran kerja 
  •  Radio kaset
  •  OHP.
Kaedah pengajaran   
  • Perbincangan 
  •  Sumbangsaran
  •  Soal jawab 
  •  Lakonan
Kemahiran berfikir
  •  Meyenaraikan maklumat daripada teks yang dibaca.
Cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran 
  • Set Induksi
- Guru mempamerkan gambar tandas dan bersoal jawab mengenainya.
            Kenapa Ali pergi ke tandas?
- Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk.
Langkah 1
Aras 1.
Isi.
·         Menyatakan hukum dan dalil wajib bersuci.
·         Menyatakan sebab-sebab diwajibkan bersuci.
·         Menyebut alat-alat yang digunakan untuk bersuci.
Aktiviti.
·         Guru mempamerkan teks menggunakan OHP.
·         Guru memperdengarkan bacaan teks menggunakan radio kaset.
·         Murid-murid membaca teks secara kelas dan kumpulan dengan bimbingan guru.
·         Membaca secara latih tubi.
·         Berbincang tentang teks yang dibaca.
- hukum bersuci.
- dalil wajib bersuci
- sebab-sebab bersuci.
- alat-alat untuk bersuci.
     *      Membuat catatan tentang hasil perbincangan dalam buku tulis.
Penilaian. 
  • Membuat soalan aneka pilihan.
Pemulihan 
  • Membaca catatan secara latih tubi dengan bimbingan guru.
  •  Menjawab semula soalan dilembaran kerja.

Langkah kedua
Aras 2
Isi
·         Menyatakan faedah bersuci.
Aktiviti
·         Mempamerkan carta pantun dan memperdengarkannya.
·         Murid-murid mengikuti pantun yang dibaca oleh guru.
·         Membaca pantun secara kumpulan dan individu.
·         Berbincang dalam kumpulan tentang faedah bersuci.
·         Membentangkan hasil perbincangan.
·         Guru mencatatkan faedah-faedah tersebut pada papan hitam.
·         Guru membuat rumusan tentang hasil perbincangan.
·         Murid-murid membaca faedah-faedah bersuci secara kelas dan individu.
Penilaian 
  • Tulis ‘betul’ atau ‘salah’ pada penyataan yang diberi.
Pemulihan 
  • Membaca kad-kad ayat tentang faedah-faedah bersuci secara latih tubi dengan bimbingan guru. 
  • Latihan membaca secara berpasangan.
  •  Menjawab semula soalan lembaran kerja hingga betul.

Langkah ketiga
Aras 3
Isi
·         Menyatakan akibat tidak bersuci.
Aktiviti 
  • Guru memilih 2 orang murid untuk melakunkan dialog. 
  • Berdasarkan dialog yang dilakonkan, murid-murid diminta untuk menyenaraikan akibat jika tidak bersuci.
  •  Sumbang saran akibat tidak bersuci berdasarkan dialog. 
  • Guru mencatatkan hasil sumbang saran dipapan hitam. 
  • Guru membuat rumusan hasil sumbang saran.
Penilaian 
  • Senaraikan akibat-akibat jika tidak bersuci.
Penutup 
  • Guru membuat rumusan:
- Orang Islam perlu menjaga kebersihan luaran dan dalaman.
- Caranya ialah sentiasa berzikir dengan membaca استغفرالله ا لعظيم

Kerja lanjutan
  •  Melukis gambar alat-alat yang digunakan untuk bersuci.

    Nota Guru 
    • Guru hendaklah menambah bilangan soalan pada penjana minda kerana bilangan tang disediakan adalah terhad. 
    • Guru hendaklah memberikan bimbingan kepada murid terutamanya murid2  aras 1. 
    • Guru henaklah memastikan setiap murid mencapai hasil pembelajaran terutama hasil pembelajaran aras 1.

    Lampiran
    Erti bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis yang ada pada tubuh badan, pakaian dan tempat.
    Hukum bersuci adalah wajib kepada setiap umat islam.
    Kita diwajibkan bersuci kerana
    • Ia satu tuntutan agama
    •  Membolehkan kita melakukan ibadah seperti solat 
    • Memelihara kesihatan tubuh badan

    Dalil wajib bersuci ialah dijelaskan dalam surah Al-Maidah ayat 6 yg bermaksud:
    “ Maka berwuduklah kamu untuk menyucikan diri”. Kita boleh menggunakan air untuk bersuci.

    PANTUN
    Baju di jahit dengan labuci,
    Agar nampak cantik berseri,
    Jika kita sentiasa bersuci,
    Ibadat diterima pahala di beri.

    Hari cuti berlalu sudah,
    Tiba masa jalankan tugas,
    Rajin bersuci banyak faedah,
    Tubuh badan sihat dan cergas.











    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     
    Copyright (c) 2010 I s l a m . i s . T h e . W a y . o f . L i f e. Design by Wordpress Themes.

    Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.