Isnin, 14 November 2011

BERSUCI

Dalam hukum- hakam Islam, soal bersuci dan segala selok beloknya termasuk dalam ilmu dan amalan yang penting. Ia merupakan antara elemen terpenting yang termaktub sebagai syarat-syarat sah solat. Telah ditetapkan bahawa seseorang yang akan mengerjakan solat diwajibkan suci dari sebarang hadas dan suci pula badan, pakaian, dan tempatnya dari najis. 

Firman Allah swt:  
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (Al Baqarah: 222) 

1. Bersuci meliputi beberapa perkara berikut
  • Alat bersuci, seperti air, tanah, dan sebagainya 
  • Kaifiat (cara) bersuci 
  • Macam dan jenis-jenis najis yang perlu disucikan 
  • Benda yang wajib disucikan 
  • Sebab-sebab atau keadaan yang menyebabkan wajib bersuci
Bersuci ada dua baghaian 
  1. Bersuci dari hadas. Bagian ini khusus untuk badan, seperti mandi, berwudhu, dan tayamum. 
  2. Bersuci dari najis. Bagian ini berlaku pada badan, pakaian, dan tempat

2.Benda-Benda yang Termasuk Najis 
  • Bangkai binatang darat yang berdarah selain dari mayat manusia 
  • Darah 
  • Nanah 
  • Segala benda cair yang keluar dari dua pintu, yakni pintu tempat buang air besar dan air kecil 
  • Arak
  •  Anjing dan babi 
  • Bahagian badan binatang yang diambil dari tubuhnya selagi hidup
Bersuci dari sudut bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi.
Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh ditanggap oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain.
Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat ditanggap oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.


Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci
Hukum bersuci
Bersuci hukumnya wajib apabila hendak mengerjakan ibadah solat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”
Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi
Hikmah bersuci
  1. Allah kasih orang yang bersuci. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.”
  1. Bersuci sebahagian daripada iman. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Bersuci itu sebahagian daripada iman” Hadis riwayat Muslim
  1. Menghindarkan perasaan jijik.
  2. Menjaga kesihatan dan menghindari penyakit.
  3. Membezakan antara manusia dan haiwan.
  4. Suatu tanda keistimewaan agama Islam yang lebih menitikberatkan kebersihan bukan hanya zahir sahaja, malah hingga kepada kebersihan batin.
  5. Terpelihara maruah diri. Selain itu kebersihan dalam solat adalah suatu adab kesopanan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agung.
Pembahagian-pembahagian jenis bersuci
Terdapat 2 jenis bersuci yang dikehendaki oleh syarak, iaitu:
  1. Bersuci daripada najis zahir yang meliputi badan, pakaian dan tempat;
  2. Bersuci daripada hadas yang merupakan kekotoran maknawi yang ada pada badan sahaja.
Pembahagian jenis hadas
  1. Hadas besar – berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan mandi wajib.
  2. Hadas kecil – berlaku apabila batalnya wudhuk seperti kentut, buang air kecil dan besar, bersentuhan yang bukan muhrim. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan berwudhuk.
Alat-alat untuk bersuci
 Terdiri daripada 4 jenis, iaitu:
  1. Air;
  2. Tanah untuk tayammum ketika tiada air atau tidak dapat menggunakan air bagi berwudhuk atau mandi wajib;
  3. Batu dan barang yang mempunyai sifat keras, suci, kesat dan dapat menanggalkan najis seperti kayu dan seumpamanya serta tidak dihormati pada hukum syarak, seperti makanan, tulang, buku-buku agama Islam dan apa-apa yang tersurat nama Allah, malaikat dan para nabi, untuk dibuat beristinjak.
  4. Bahan-bahan penyamak untuk mencuci kulit (belulang) haiwan yang mati selain anjing dan babi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 I s l a m . i s . T h e . W a y . o f . L i f e. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.